PENGENALAN

Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar.

Ia merupakan satu cawangan yang kecil dan sebuah pusat yang akan memberikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh. Dengan ini, ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan.

Di samping itu, penwujudan perpustakaan desa juga akan membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat di pupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti :

* Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku
* Perkhidmatan rujukan
* Perkhidmatan komputer - melayari internet secara percuma
* Mesin pengimbas dan mesin pencetak
* Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan suratkhabar
* Mengadakan pusat pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan
berbentuk multimedia
* Kesedaran semasa
* Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
* Promosi Galakan Membaca di tempat anda.

MELAYARI INTERNET SECARA PERCUMA

maklumat di hujung jari anda...bersama manfaatkan kemudahan ini secara percuma!!

Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau "Univesal Service Provision (USP)" bertujuan menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet dan merapatkan jurang digital dan minda antara golongan kawasan bandar dan luar bandar ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang berilmu di negara ini.

CONTOH KAD KEAHLIAN PERPUSTAKAAN DESA






GALERI